Friday, February 17, 2012

Pelancaran Program NILAM SK (P) Bandar Tinggi, JB 2012

          Pada hari Khamis (16 Februari 2012), Puan Hjh.Jamilah Daud (GB SKPBT) telah melancarkan program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca ) peringkat sekolah di Dewan SKPBT JB. Semua guru, PPM dan murid murid telah hadir pada majlis pelancaran tersebut. Pelaksanaan program NILAM membina tabiat membaca untuk:
          a)  menjadikan murid banyak membaca
          b)  menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
Program NILAM mempunyai dua tahap iaitu:
          Tahap Pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI.
         Tahap Kedua pula membantu pencambahan penyertaan murid dan pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN MEMBACA (RP).
          GB berharap agar amalan membaca terus dipupuk di kalangan semua murid di sekolah ini dan berharap setiap orang murid dapat membaca 10 buah buku dalam satu bulan. Setiap buku yang dibaca perlu direkodkan dalam buku NILAM dan murid-murid akan dianugerahkan sijil NILAM pada akhir tahun jika mereka berjaya mencapai tahap yang ditetapkan.
Sebahagian murid SKPBT yang hadir pada Majlis Pelancaran program NILAM peringkat sekolah. 

Back drop yang disediakan oleh Guru PSS (Encik Zukinor Aziman Ghazali)

Puan Hjh.Jamilah Daud (Guru Besar SKPBT) sedang menyampaikan ucapan perasmian.


Murid-murid sedang kusyuk mendengar ucapan GB.

Guru-guru dan murid prasekolah SKPBT.


Orang kuat Program NILAM ...Abe Kino.

PPM P.Khas yang turut serta.

PPM Pra Integrasi dan P.Khas bersama 'anak angkat' mereka.

Tulang belakang P.Khas yang merupakan bekas2 atlit ~ selalu mengejar murid2 hiperaktif yang selalu  sering terlepas dari kawalan mereka.

Murid-murid beratur untuk masuk ke kelas selepas majlis tamat.

(Pn.Daliah Sinawi ~  PK P.Khas)

No comments:

Post a Comment