Sunday, December 26, 2010

TAHUN BARU 2011



Disini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2010 yang mana banyak kenangan yang telah dilalui sepanjang tahun 2010. Diharapkan agar segala program-program yang telah dijalankan pada 2010 dapat memberi faedah dan manfaat kepada murid-murid dan juga guru-guru.


Dengan kedatangan tahun 2011,diharapkan agar SK(P)Bandar Tinggi dapat meneruskan kecemerlangan dan memberikan khidmat yang berterusan kepada murid-murid bagi melahirkan generasi yang bermodal insan yang mampu memberikan sumbangan dan menaikkan nama sekolah dan secara tidak langsung mampu memberi sumbangan kepada keluarga dan juga negara.


Selamat tinggal 2010 ~ Selamat datang 2011.



Thursday, December 9, 2010

-SELAMAT TINGGAL-

Selamat tinggi diucapkan kepada 2 warga SKPBT yang akan memulakan khidmat ditempat lain tahun hadapan iaitu Pn.Fadzilah dan Cik Siti Norliza.

Jutaan terima kasih diucapakn kepada kedua-duanya diatas segala jasa dan khidmat yang diberikan kepada SKPBT.

Diharapkan agar kedua-duanya dapat meneruskan sumbangan dan kecemerlang di sekolah baru. Terima kasih diucapkan dari kami semua warga SKPBT.



selama

JAMUAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS 2010

TARIKH: SABTU ,20.11.2010
MASA:12.00 - 5.00 P.M.
TEMPAT: TROPIC INN,JOHOR BAHRU


Jamuan akhir tahun merupakan aktiviti tahunan bagi kelas pendidikan khas SKPBT dan aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang terakhir bagi tahun 2010. Jamuan ini telah berlangsung di Hotel Tropica Inn, dengan dihadiri oleh 100 orang ahli keluarga termasuk warga SKPBT. 

Majlis ini diadakan bagi memberikan penghargaan kepada murid-murid yang akan meninggalkan sekolah SKPBT tahun depan disamping mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara warga SKPBT dengan ahli keluarga murid-murid. Diharapkan dengan adanya majlis ini ikatan yang terjalin akan berkekalan dan berterusan hendaknya bab kata pepatah " yang jauh kita dekatkan yang dekat kita dekatkan ".

Disamping menikmati jamuan terdapat beberapa aktiviti yang diadakan iaitu persembahan oleh murid-murid, pertandingan antara keluarga dengan guru dan juga karaoke. Disamping itu juga majlis ini meraikan 2 warga SKPBT yang akan meningggalkan sekolah ini untuk berkhidmat ditempat lain iaitu Cikgu Fadzilah dan Cik Siti Norliza.
Dibawah ini disertakan beberapa kenangan yang sempat dirakamkan. Selamat menonton.










HARI PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS 2010

TARIKH:18 NOVEMBER 2010
HARI: KHAMIS
TEMPAT:PADANG SK(P)BANDAR TINGGI
BILANGAN MURID:30
BIL.GURU/PPM:8

Perkhemahan pendidikan khas ini telah diadakan pada hari Khamis,bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 1.00 tengahari. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz syanaz. Guru penolong kanan khas,Pn Daliah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan perkhemahan tersebut. Cikgu Refendi bertindak sebagai fasilitator dengan memberikan penerangan tentang keselamatan semasa berkhemah dan juga menunjukkan cara memasang khemah dengan betul. Cikgu Aishah, Cikgu Fadzilah, Cikgu Hamidah dan Cikgu Zaida bertindak sebagai penasihat dan menjaga keselamatan murid-murid serta dibantu oleh 2 PPM. Segala aktiviti yang dijalankan dirakam oleh Cikgu Lutfi.

8.00 - 8.30 pagi: setelah mendengar taklimat daripada Cikgu, murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan. Setiap kumpulan perlu memasang 1 khemah dengan dipantau oleh guru.

8.30 - 9.00 pagi: Sarapan pagi. Murid makan nasi goreng dan minum air teh.

9.00 - 11.00 pagi: Bermula 5 aktiviti iaitu sorakan kumpulan,isi air dalam botol, kasut lipan, berebut kon dan
                            mumia.

11.00 - 12.00 tengahari: Penyampaian hadiah dan makan tengahari.

12.30 - 1.00 tengahari:Menutup khemah dan mengemas kawasan sekitar. Bersurai. 







Add caption