Tuesday, February 22, 2011

MESYUARAT KHAS KALI PERTAMA SK (P) BANDAR TINGGI

Tarikh: 10/01/2011
Hari   : Isnin
Masa : 11.00 a.m. - 12.30 p.m.
Tempat : Bilik Bacaan


Bertempat di bilik bacaan khas,telah berlangsungnya mesyuarat kali pertama pendidikan khas. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh GPK Khas, Pn. Daliah. Mesyuarat ini dijalankan bagi membincangkan rancangan dan juga cadangan bagi pendidikan khas  2011 di SKPBT.

Antara aktiviti yang dirancangkan ialah Lawatan ke JARO, lawatan ke Pusat Penanaman Cendawan, lawatan ke Petrosains, lawatan ke Kilang Biskut di Bandar Baru Uda,lawatan ke Melaka dan bermain bowling. Jika tiada ara melintang dan juga peruntukan  yang cukup maka kesemua aktiviti yang dirancang dapat dijalinkan dengan sempurna.

Di harapkan agar tahun 2011 bakal memberi lembaran baru untuk pendidikan khas di SKPBT terutamanya untuk murid dan juga guru.

Sekian terima kasih.