Thursday, December 9, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS 2010

TARIKH: SABTU ,20.11.2010
MASA:12.00 - 5.00 P.M.
TEMPAT: TROPIC INN,JOHOR BAHRU


Jamuan akhir tahun merupakan aktiviti tahunan bagi kelas pendidikan khas SKPBT dan aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang terakhir bagi tahun 2010. Jamuan ini telah berlangsung di Hotel Tropica Inn, dengan dihadiri oleh 100 orang ahli keluarga termasuk warga SKPBT. 

Majlis ini diadakan bagi memberikan penghargaan kepada murid-murid yang akan meninggalkan sekolah SKPBT tahun depan disamping mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara warga SKPBT dengan ahli keluarga murid-murid. Diharapkan dengan adanya majlis ini ikatan yang terjalin akan berkekalan dan berterusan hendaknya bab kata pepatah " yang jauh kita dekatkan yang dekat kita dekatkan ".

Disamping menikmati jamuan terdapat beberapa aktiviti yang diadakan iaitu persembahan oleh murid-murid, pertandingan antara keluarga dengan guru dan juga karaoke. Disamping itu juga majlis ini meraikan 2 warga SKPBT yang akan meningggalkan sekolah ini untuk berkhidmat ditempat lain iaitu Cikgu Fadzilah dan Cik Siti Norliza.
Dibawah ini disertakan beberapa kenangan yang sempat dirakamkan. Selamat menonton.










No comments:

Post a Comment