Thursday, December 9, 2010

HARI PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS 2010

TARIKH:18 NOVEMBER 2010
HARI: KHAMIS
TEMPAT:PADANG SK(P)BANDAR TINGGI
BILANGAN MURID:30
BIL.GURU/PPM:8

Perkhemahan pendidikan khas ini telah diadakan pada hari Khamis,bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 1.00 tengahari. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz syanaz. Guru penolong kanan khas,Pn Daliah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan perkhemahan tersebut. Cikgu Refendi bertindak sebagai fasilitator dengan memberikan penerangan tentang keselamatan semasa berkhemah dan juga menunjukkan cara memasang khemah dengan betul. Cikgu Aishah, Cikgu Fadzilah, Cikgu Hamidah dan Cikgu Zaida bertindak sebagai penasihat dan menjaga keselamatan murid-murid serta dibantu oleh 2 PPM. Segala aktiviti yang dijalankan dirakam oleh Cikgu Lutfi.

8.00 - 8.30 pagi: setelah mendengar taklimat daripada Cikgu, murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan perempuan. Setiap kumpulan perlu memasang 1 khemah dengan dipantau oleh guru.

8.30 - 9.00 pagi: Sarapan pagi. Murid makan nasi goreng dan minum air teh.

9.00 - 11.00 pagi: Bermula 5 aktiviti iaitu sorakan kumpulan,isi air dalam botol, kasut lipan, berebut kon dan
                            mumia.

11.00 - 12.00 tengahari: Penyampaian hadiah dan makan tengahari.

12.30 - 1.00 tengahari:Menutup khemah dan mengemas kawasan sekitar. Bersurai. 







Add caption












No comments:

Post a Comment