Tuesday, February 7, 2012

Latihan Kebakaran 2012 (8 Februari 2012 - Rabu)

          Latihan Kebakaran bagi tahun 2012 telah diadakan di padang SK (P) Bandar Tinggi. Seramai 2 orang pegawai bomba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat,Larkin,Johor Bahru telah datang untuk memberikan taklimat serta demonstarsi kebakaran. Guru-guru dan murid-murid turut serta mengambil bahagian dalam demonstarsi yang diadakan. Tujuan latihan kebakaran tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada murid, guru dan warga sekolah tentang betapa pentingnya mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan kebakaran. Pengetahuan tentang cara penggunaan alat pemadam api (fire extinguisher) perlu kepada warga sekolah sebagai pencegahan awal untuk mengelakkan kebakaran yang lebih besar daripada berlaku.
          Murid-murid dan guru-guru serta warga sekolah telah melihat sendiri bagaimana menggunakan alat pemadam api dengan bimbingan pegawai bomba yang terbabit. Jarak untuk memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api adalah lebih kurang 3 meter (10 kaki) dan mesti berada pada kedudukan lawan arah angin. Cara mebuka picu alat pemadam kebakaran juga mestilah betul serta tidak boleh mengambil masa yang panjang untuk memadam kebakaran supaya tidak terus merebak ke tempat lain atau mengelakkan api menjadi semakin marak.
          Semoga dengan adanya latihan kebakaran ini diharapkan agar semua warga sekolah mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang pencegahan awal kebakaran. Ini adalah kerana "api semasa kecil menjadi kawan,  jika besar menjadi lawan".
Guru Besar (Puan Hjh. Jamilah Daud) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil  Jabatan Bomba  dan Penyelamat  JB iaitu (Encik Baharuddin Mohd. Othman)

Api sedang marak.


Guru-guru lelaki sedang kusyuk mendengar penerangan wakil Jabatan Bomba.


Encik Mohd.Lutfi Maliki (Penyelaras Latihan Kebakaran) memastikan agar  program  berjalan lancar.

Encik Budi Suffian sedang menggunakan alat pemadam kebakaran untuk memadamkan api. 

Encik Zukinor tersenyum riang selepas berjaya memadamkan kebakaran.

Asap memenuhi ruang angkasa selepas api berjaya dipadam.

Encik Zukinor Aziman.

Api yang sedang marak.

Encik Zukinor sedang menarik picu alat pemadam kebakaran.

Pegawai Bomba yang turut relibat.

Encik Baharuddin sedang menawarkan kepada guru dan murid-murid yang ingin mencuba  memadam kebakaran.

Puan Rafiah Shaari menyahut cabaran untuk memadamkan kebakaran.

Puan Rafiah Shaari dengan dibantu oleh pegawai bomba bertugas .



Warga sekolah menyaksikan demonstarasi dengan penuh minat walaupun  panas terik.

Wakil murid (Cherlynn Elizebeth Champin) sedang menerima bimbingan daripada pegawai  bomba  cara menggunakan alat  pemadam api.

Asap putih kelihatan selepas api berjaya dipadamkan.

Wakil murid Prasekolah dengan beraninya mencuba memadamkan api dengan dibantu oleh Encik Zukinor Aziman.

Murid-murid SKPBT sabar menunggu di bawah panas terik.


Pegawai Bomba sedang memberikan taklimat ringkas kepada guru.

Guru dan staf SKPBT bergambar bersama pegawai bomba.

Wakil Pegawai Bomba (Encik Baharuddin Mohd.Othman) sedang  berbincang dengan
 GPK HEM,Puan Siti Aminah  Rohmat.

No comments:

Post a Comment