Thursday, January 5, 2012

Taklimat Kelas P.Khas

Tarikh                    :  5 Januari 2012 (Khamis)
Masa                     :  1.00 - 2.15 petang
Tempat                  :  Kelas EncikMohd. Reffandi Ariffin
Pengerusi               :  Puan Daliah bt.Sinawi (GPK P.Khas)
Pencatat                 :  Puan Hamidah Ibrahim (Setiausaha Panitia)
Kehadiran              :  Semua guru dan PPM P.Khas kecuali Puan Nurul Haisah Md.  Aroff kerana cuti
                                 bersalin.

Perkara yang dibincang  :

1.  Ucapan dan nyanyian "Selamat Hari Lahir" untukPuan Rovita Ejing yang menyambut ulangtahun kelahiran
     pada hari ini. Penyampaian hadiah beg tangan Carlo Rino daripada warga P.Khas SKPBT.
2.  Penetapan kelas dan murid P.Khas 2012.
3.  Senarai nama murid ke kelas inklusif aliran perdana (Muhd. Khairul Amirullah Khairudin di Th. 6,
     Nurul Aisyah Hamdan di Tahun 4 dan Iskandar Zikry Mohd. Halmy di Tahun 3)
4.  Majlis Permuafakatan Kelas Pendidikan Khas akan tetap dijalankan pada hari Sabtu (14 Januari 2012)
     walaupun tanpa kehadiran Puan Daliah Sinawi yang akan menduduki peperiksaan akhir semester 2
     (UPSI) pada hari yang sama. Ini adalah kerana Majlis Permuafakatan Tahun 6 pada tarikh sama.
      Majlis akan diambil alih oleh EncikMohd.Yusof Hamat (GPK 1) dengan bantuan Puan Rovita Ejing.
5.  Cadangan supaya guru beredar ke kelas manakala murid berada tetap di sesuatu kelas tidak dipersetujui
     oleh kebanyakan guru. Buku kehadiran guru untuk P & P perlu ditandatangani pada setiap waktu dan
     perlu dilengkapkan siap ditandatangani setiap hari untuk mengelakkan kesulitan di masa hadapan.
6.  Permintaan daripada guru KH (Puan Hjh.Salehah Othman dan Puan Zaidah Ayob) untuk mengecat
     semula kelas KH dipersetujui. Kelas tersebut akan dicat oleh pekerja swasta. Guru-guru danPPM akan
     membantu jika diperlukan.
7.  Jadual waktu baru akan diedarkan pada hari Isnin (9 Januari 2012) oleh Puan Siti Aishah Hj.Shufa'at.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

No comments:

Post a Comment