Thursday, January 26, 2012

SISTEM ELAUN MURID KHAS 2012

18 Jan 2012 - Rabu PENGGUNAAN SISTEM DALAM TALIAN UNTUK MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS (OKU) YANG MENERIMA ELAUN MURID KHAS (EMK) TAHUN 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Jabatan Pelajaran Negeri Johor Ruj.No: JPNJ.UPK(33)/100-19/1/2 Jld.3 (   ) bertarikh 16 Januari 2012 dan surat Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia Ruj.No: KPM.BPKHAS.300-1/3/36 (60) bertarikh 28 Disember 2011 adalah berkaitan.

2.     Sehubungan itu, permohonan Elaun Murid Khas (EMK) Fasa 1 Tahun 2012 akan dibuat secara atas talian melalui sistem SISOKU. Bersama-sama ini disertakan salinan surat Jabatan Pelajaran Negeri Johor, surat Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Johor, Panduan Permohonan Sistem Elaun Murid Khas (SISOKU), Borang Lampiran A dan Takwim Pengurusan EMK Tahun 2012. 

3.     Bagi tujuan tersebut pihak sekolah perlu melengkapkan maklumat murid seperti di Lampiran Adan seterusnya melayari laman web  bagi membuat permohonan tersebut mulai 18 Januari 2012 sehingga 31 Januari 2012.  

4.     Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Azizan Bin Jantan di talian 07 2310092 atau 013 7715287. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.


Nota:


* Masalah timbul pada sistem apabila hendak menggunakan talian. Saya hanya sempat memasukkan data 29/38 murid. Sudah beberapa kali mencuba untuk melengkapkan semua data tetapi masalah masih timbul. Harap-harap masalah akan dapat diatasi sebelum tarikh tutup pada 
31 Januari 2012 nanti.

No comments:

Post a Comment